Sembilan calon bertanding rebut jawatan PM Jepun

Sembilan calon bertanding rebut jawatan PM Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seramai sembilan calon termasuk anak bekas perdana menteri dan seorang nasionalis tegar, bersaing untuk merebut jawatan Perdana Menteri wanita pertama negara itu.

Siapa sahaja yang memenangi pertandingan kepemimpinan Parti Demokratik Liberal (LDP) pada 27 September depan, akan menggantikan Perdana Menteri, Fumio Kishida yang kurang popular, yang tempoh tiga tahunnya dicemari oleh skandal dan kebimbangan terhadap kenaikan harga.

Perebutan jawatan itu berlaku ketika Jepun memperkukuh perbelanjaan pertahanan dan kerjasama dengan sekutu-sekutu AS untuk menentang China, disamping bergelut dengan krisis demografi yang perlahan.

Parti LDP yang konservatif memerintah selama beberapa dekad dan memiliki majoriti di Parlimen, membawa maksud pemenang pertandingan ini secara asasnya dijamin menjadi perdana menteri.

Mendahului undian ialah Shinjiro Koizumi, 43, bekas Menteri Alam Sekitar dan anak kepada Junichiro Koizumi, serta bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba, 67.

Turut serta dalam perlumbaan ini ialah dua wanita terkemuka, sesuatu yang masih jarang dalam politik dan ahli perniagaan Jepun iaitu Menteri Keselamatan Ekonomi Kanan, Sanae Takaichi dan Menteri Luar, Yoko Kamikawa.

Sanae Takaichi, 63, sering mengunjungi kuil perang Yasukuni di Tokyo, yang mungkin akan menyinggung China dan Korea Selatan jika beliau menang.

Walaupun sokongannya dalam parti terhad, namun Kamikawa, 71, dilihat sebagai pemimpin yang mahir dan bercita-cita untuk membimbing ahli politik wanita yang lebih muda.

Calon-calon lain termasuk Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi dan bekas Menteri Keselamatan Ekonomi,Takayuki Kobayashi, satu-satunya calon lain yang berusia di bawah 50 tahun selain Koizumi.

Pertandingan LDP dilihat sebagai yang paling terbuka dalam beberapa tahun, dengan Kishida yang menolak banyak fraksi berkuasa parti untuk dibubarkan selepas skandal dana sogokan dan sesiapa yang memenanginya bakal memegang jawatan selama tiga tahun dan boleh berkhidmat sehingga tiga penggal berturut-turut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN