Selamat tinggal Piala Asia B-20

Selamat tinggal Piala Asia B-20

PENYERANG Bawah 19 tahun (B-19) negara, Muhammad Aiman Hakimi cuba melepasi pemain Tajikistan, Daliev Azizbek pada aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-20 di Stadium Republican Central, Dushanbe kelmarin.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 19 (B-19) negara kendalian Juan Torres sudah boleh mengucapkan selamat tinggal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia B-20 2025 susulan kekalahan 1-0 kepada Tajikistan, kelmarin.

Deretan peluang berjaya diciptakan oleh anak-anak buah Juan Torres Garrido dalam tiga perlawanan sebelum ini bagaimanapun penyudah yang tumpul menjadi punca kegagalan gol dihasilkan.

Perkara tersebut perlu diambil serius memandangkan pemain menunjukkan corak permainan berkualiti dan disebabkan itu mereka perlu diletakkan dalam persekitaran yang mampu mencabar prestasi ke tahap lebih tinggi.

Selepas tamat kempen kejohanan di Tajikistan, pemain muda negara ini wajar diberikan peluang beraksi bersama skuad senior di kelab masing-masing dan tidak lagi bertanding mengikut peringkat umur supaya prestasi mereka tidak statik.

Pendedahan awal bermain bersama pasukan senior perlu diberikan kepada kelompok pemain ini bagi membentuk kematangan mereka untuk bersaing dalam perlawanan lebih berkompetitif.

Pemain muda seperti Haykal Danish Mohd Haizon antara bakat yang perlu diberi perhatian dan jika diberi peluang serta pendedahan dia mampu membentuk karakter lebih matang di atas padang.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga boleh menghantar pemain yang dilihat berpotensi untuk digilap bakat mereka beraksi di luar negara memandangkan mereka sudah mempunyai pengalaman beraksi di kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, jurulatih berpengalaman, Sulaiman Hussin berpendapat pemain B-19 negara itu perlu mempunyai perancangan rapi agar mereka ditempatkan dalam persekitaran yang mampu mencabar prestasi ke tahap lebih tinggi.

“Mungkin selepas ini, sebahagian daripada mereka boleh dihantar ke luar negara. Tidak semestinya Eropah. Mungkin boleh dihantar ke Thailand, Vietnam dan beberapa negara Asia lain supaya mereka dapat mempertingkatkan prestasi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya