Sekolah Manipur diarah tutup, serangan roket puak bertelagah

Sekolah di Manipur diarah tutup, serangan roket antara puak bertelagah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Bermula hari ini, sekolah-sekolah di negeri bergolak Manipur, India diarah tutup selepas serangan roket oleh pemberontak mengorbankan seorang individu dan mencederakan enam yang lain.

Notis yang dikeluarkan kerajaan mengarahkan semua sekolah di negeri itu akan ditutup pada Sabtu, apabila kelas biasanya diadakan bagi melindungi keselamatan pelajar dan guru.

Sehari sebelumnya, kumpulan pemberontak telah melancarkan roket di daerah Bishnupur.

Pihak polis merekodkan seorang lelaki berusia 78 tahun terbunuh dalam serangan itu dan enam orang cedera.

Pegawai yang bertindak balas terhadap serangan itu ditembak oleh suspek militan Kuki, namun pasukan polis telah bertindak balas dan menangkis serangan tersebut.

Pergolakan di negeri timur laut itu tercetus lebih setahun lalu, antara majoriti Hindu Meitei dan komuniti Kuki yang kebanyakannya beragama Kristian.

Konflik yang berlarutan itu memecahbelahkan komuniti yang dahulunya tinggal bersama mengikut garis etnik. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya