Saya gembira dengan persembahan pemain-Nidzam

Saya gembira dengan persembahan pemain-Nidzam

PENYERANG Selangor FC Ali Olwan cuba melepasi pertahanan Muangthong United pada aksi pertama Liga Juara-Juara Asia 2 di Stadium Rajamangala, kelmarin.-IHSAN SFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil menyifatkan satu mata yang dikutip dari tempat lawan pada penampilan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun dianggap sebagai permulaan positif di Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Bagaimanapun, Gergasi Merah dilihat beraksi agak hambar pada perlawanan pembukaan kempen ACL2 2024/25 yang menyaksikan keputusan 1-1 dengan Muangthong United pada aksi pertama Kumpulan H di Stadium Rajamangala, kelmarin.

Selangor mendahului menerusi penyudah Ronnie Fernandez pada minit ke-47 sebelum Purachet Thodsanit menyelamatkan air muka tuan rumah dengan gol penyamaan pada minit ke-53.

PENYERANG Selangor FC Ronnie Fernandez (kiri) meraikan jaringan ketika menentang Muangthong United pada aksi pertama Liga Juara-Juara Asia 2 di Stadium Rajamangala, kelmarin.-IHSAN SFC

“Saya gembira dengan persembahan pemain selepas lapan tahun tidak beraksi di peringkat Asia. Ini adalah permulaan yang baik untuk kami walaupun dengan satu mata ini.

“Sebagai jurulatih tempatan yang membawa SFC, sudah tentu ada tuntutan dan jangkaan diletakkan tetapi saya cuba mengendalikan perkara ini.

“Jadi satu mata daripada perlawanan pertama saya di ACL, ini cukup baik bagi saya,” kata Nidzam.

Dalam masa sama, Nidzam turut mengakui SFC perlu sentiasa beraksi di pentas Asia untuk terus berkembang menjadi pasukan yang lebih baik dan mantap pada masa akan datang.

“Saya rasa kita perlu sentiasa beraksi di pertandingan ini pada setiap tahun untuk menjadi pasukan yang terbaik.

“Untuk menjadi pasukan yang terbaik seperti pasukan lain, kita perlu mendapatkan keputusan yang baik dan bersaing di peringkat Asia.

“Kita perlu melakukannya secara konsisten dan dengan cara itu, kita dapat belajar lebih banyak mengenai intensiti dan tuntutan dalam pertandingan peringkat antarabangsa di Asia,” katanya.

Selepas ini, Selangor akan menentang wakil Filipina, Cebu FC di laman sendiri pada 3 Oktober depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya