Sabah perlu tajamkan barisan serangan

Sabah perlu tajamkan barisan serangan

PENYERANG Sabah, Joao Pedro meraikan jaringan penyamaan ke atas Terengganu 1-1, semalam. IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sabah FC perlu meningkatkan ketajaman jentera serangan bagi memastikan setiap peluang yang tercipta dapat diterjemahkan kepada jaringan gol.

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, kelemahan itu telah ‘memakan diri’ khususnya ketika diikat 1-1 ketika berdepan Terengganu FC di laman sendiri.

Biarpun penyerang baharu, Joao Pedro berjaya meledak gol pembukaan seawal minit ke-9, aspek penyudah skuad Sang Badak masih menjadi kebimbangan Kim Swee.

“Dia (Pedro) berjaya menjaringkan gol hari ini (kelmarin) dan ia pasti memberi keyakinan kepadanya. Namun, secara keseluruhan, saya tidak berpuas hati dengan penyudah pasukan.

“Kita tidak boleh terus mensia-siakan banyak peluang yang dicipta. Ini adalah sesuatu yang perlu diperbaiki segera,” katanya.

Sabah terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan Terengganu selepas penyerang pelawat, Ismaheel Akinade menyamakan kedudukan pada masa tambahan separuh masa pertama.

Bagaimanapun, Kim Swee menganggap satu mata yang diperoleh itu tetap berharga walaupun tidak memenuhi sasaran asal pasukan untuk meraih kemenangan di laman sendiri.

“Kita harus melihat dari sudut positif. Walaupun gagal mendapat tiga mata, satu mata ini juga penting bagi memastikan kita kekal bersaing dalam liga,” tambahnya.

Sabah FC kini perlu segera memperbaiki kelemahan yang ada menjelang aksi seterusnya bagi memastikan peluang mereka dalam saingan Liga Super terus hidup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya