RM1 juta menanti Liek Hou

RM1 juta menanti Liek Hou

CHEAH Liek Hou meraih emas pertama buat kontinjen negara di Sukan Parlimpik Paris 2024.-IHSAN MPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou bakal mendapat durian runtuh selepas kejayaannya merangkul pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkesempatan menyaksikan Liek Hou beraksi mengakui berasa teruja apabila mendengar nyanyian lagu Negaraku dimainkan dan berharap ia menaikkan semangat atlet negara yang masih bertanding di temasya itu. 

“Seronok dengan lagu Negaraku dimainkan dalam dewan tadi (semalam). Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada jurulatih Nova (Armada) dan Liek Hou di atas kejayaan mendapatkan emas pertama di Sukan Paralimpik Paris.

“Saya berharap kejayaan ini diteruskan lagi dengan atlet yang bertanding,” kata Hannah yang hadir ke Porte de La Chapelle Arena sebagai tetamu kehormat bagi majlis penyampaian pingat, semalam.

Mengulas lanjut mengenai Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang bakal diterima Liek Hou, Hannah berkata seperti Sukan Olimpik, atlet para negara yang berjaya memenangi emas di Sukan Paralimpik turut menerima jumlah yang sama, RM1 juta.

“SHAKAM untuk Sukan Paralimpik, juara akan terima sama seperti Sukan Olimpik iaitu RM1 juta dan jurulatih akan dapat 20 peratus daripada jumlah SHAKAM tersebut.

“Ini adalah pingat emas kedua Liek Hou jadi beliau sudah menjadi jutawan. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada beliau.

“Saya berharap untuk (Muhammad) Fareez (Anuar) dan yang lain untuk teruskan usaha mereka, jangan putus asa kerana masih muda. Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menanti mereka,” katanya lagi.

Sebelum ini, hasrat Fareez untuk membawa pulang gangsa tidak kesampaian apabila tewas kepada atlet Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 19-21, 12-21. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya