RIYADH: Hospital Pakar Raja Faisal berjaya melaksanakan pembedahan pemindahan jantung robotik pertama dunia, lapor Saudi Press Agency (SPA). Pembedahan selama dua jam setengah itu melibatkan seorang pesakit berusia 16 tahun yang mengalami kegagalan jantung tahap akhir. Ia dilaksanakan sekumpulan doktor diketuai Pakar Jantung, Dr. Feras Khaliel dan Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembedahan Robotik dan Minimal Invasif (KFSHRC), Dr. Majid Al-Fayyad selepas beberapa minggu persediaan. Menurut SPA, proses itu dimulakan dengan perancangan teori yang terperinci untuk memastikan ketepatan dan meminimumkan risiko yang mungkin timbul sepanjang pembedahan. Bagi memastikan keberkesanan pembedahan, pasukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya