PETALING JAYA: Penyerang import dari Jordan, Reziq Bani Hani secara rasmi telah meninggalkan Selangor FC, kata kelab tersebut.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, penyerang berusia 22 tahun itu menyertai sebuah kelab di negara kelahirannya secara perpindahan tetap.
“Kami mengucapkan terima kasih untuk perkhidmatannya sepanjang bersama dan mengucapkan selamat maju jaya untuk masa hadapannya,” kata Selangor FC dalam satu kenyataan.
Walaupun tidak menyatakan kelab terbaharu Reziq namun difahamkan dia akan menyertai Al-Hussein SC.
Reziq yang menyertai skuad Gergasi Merah pada awal musim ini hanya beraksi separuh musim dengan lima penampilan dan menjaringkan satu gol. – UTUSAN