Remaja Palestin maut selepas dibebaskan dari Penjara Israel

Remaja Palestin maut selepas dibebaskan dari Penjara Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Seorang remaja Palestin yang baru dibebaskan dari penjara Israel pada November lalu, terbunuh dalam serangan udara Israel.

Wael Masha, yang berusia 18 tahun, digambarkan oleh tentera Israel sebagai kumpulan bersenjata yang kononnya mengancam pasukan mereka.

Namun, dia hanyalah merupakan seorang daripada tiga warga Palestin yang dilahirkan di Tebing Barat dan ditangkap ketika masih remaja, dibebaskan semasa gencatan senjata singkat pada November lalu, dan kemudian terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel yang semakin agresif di wilayah tersebut.

Israel mendakwa serbuan dan serangan udara di Tebing Barat, yang diduduki sejak 1967, adalah perlu untuk menghadapi ancaman keselamatan dari pejuang Palestin.

Namun, keluarga Masha berkata, Israel sendiri mencetuskan masalah yang mereka cuba tangani sendiri, dengan menangkap remaja sepertinya ketika mereka masih muda dan kemudian menyeksa mereka dalam tahanan, sehingga mendorong mereka untuk membalas dendam.

Ibunya, Hanadi Masha berkata, anaknya bukan seorang pejuang, tetapi sebagai seorang yang mencintai pelajaran dan suka membaiki komputer serta telefon bimbit.

Bagaimanapun, katanya, pengalaman di penjara telah mengubah anaknya menjadi seorang yang menyimpan dendam kerana segala penyeksaan yang dilaluinya di dalam tahanan.

Sejak perang hampir setahun di Gaza, ketegangan terus merebak ke Tebing Barat. Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 680 warga Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel dan peneroka Yahudi sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Walaupun Masha dibebaskan dalam satu pertukaran tahanan semasa gencatan senjata pada November lalu, pengalaman di penjara telah menyebabkan dia menyertai kumpulan pejuang.

“Dia seorang anak muda yang sedang membina kehidupan,” kata ibunya sambil menahan sebak. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN