Rakyat Taiwan, China boleh kahwin sama jantina - Utusan Malaysia

Rakyat Taiwan, China boleh kahwin sama jantina

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Pasangan sama jantina di Taiwan dan China kini boleh mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Taiwan.

Taiwan sudah lama memperjuangkan pergerakan dan hak LGBTQ yang berkembang di Asia, dan menjadi negara pertama di rantau ini pada 2019 yang menghalalkan kesaksamaan perkahwinan.

Sementara itu, pasangan heteroseksual yang terdiri daripada pasangan Cina dan Taiwan menghadapi proses yang lebih rumit berbanding pasangan antarabangsa lain, kerana perlu terlebih dahulu berkahwin di luar negara dan lulus temuduga di Taiwan sebelum mendaftarkan perkahwinan mereka.

Jurucakap Majlis Hal Ehwal Tanah Besar Taiwan, Liang Wen-chieh berkata, mulai sekarang pasangan sejenis kini boleh tertakluk kepada peraturan pasangan heterokseksual.

“Mereka perlu berkahwin secara sah di salah satu daripada 35 negra yang mengiktiraf kesaksamaan perkahwinan dan selepas menyerahkan sijil perkahwinan dan dokumen lain, agensi berkaitan akan menjalankan temubual dengan pasangan itu.

“Hanya selepas lulus temuduga di sempadan (di lapangan terbang dan pelabuhan) baru mereka boleh masuk ke negara ini untuk mendaftarkan perkahwinan mereka ,” katanya.

Perkahwinan rentas selat melibatkan pasangan heteroseksual sudah lama dilaksanakan bagi mencegah perkahwinan palsu rentas sempadan serta mengelakkan masalah keselamatan negara dan ketenteraman sosial. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN