Rakyat Malaysia ditahan bersama syabu  RM116.1j di Hong Kong - KPN Rakyat Malaysia ditahan bersama syabu  RM116.1j di Hong Kong - KPN

Rakyat Malaysia ditahan bersama syabu  RM116.1j di Hong Kong – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan tangkapan seorang rakyat Malaysia oleh polis Hong Kong bersama sejumlah dadah jenis methamphetamine atau syabu  bernilai HK210 juta (RM116.1 juta) pada Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesakan perkara itu berkata, tangkapan berkenaan membabitkan seorang lelaki berusia 26 tahun yang beralamat di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Menurut beliau, semakan mendapati suspek memiliki satu rekod lampau memiliki dadah dan satu rekod memasukkan dadah ke dalam badan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah 

“Saya sudah minta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi mendapatkan risikan pembabitan rakan sejenayah di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Terdahulu, South China Morning Post (SCMP) melaporkan polis Hong Kong membuat rampasan terbesar kristal methamphetamine bernilai HKD210 juta (kira-kira RM116.1 juta), Khamis lalu. 

Dadah itu ditemukan di dalam kontena berisi perabot dengan penghantarannya tiba dari Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu. 

Pemangku Superintendan Cheung Hok-fung dari Biro Narkotik mendedahkan, serbuan terbabit menemui 335 kilogram (kg) kristal methamphetamine dan 55kg kokain yang disembunyikan dalam 25 daripada 245 kotak di dalam perabot.

Hok-fung dilaporkan berkata, sindiket berkenaan mengaturkan sebuah syarikat logistik untuk mengambil kontena dan memindahkan barang-barang itu ke sebuah gudang di Yuen Long pada Khamis lalu. 

Polis menyerbu gudang berkenaan pada hari yang sama dan mendapati suspek sedang membuka kotak-kotak barang.

Ketika serbuan, pegawai juga menemui sarung tangan dan penimbang elektronik di lokasi kejadian. 

Suspek warga Malaysia itu dilaporkan memasuki Hong Kong sebagai pelancong sejak setahun lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya