Rakyat India di AS main peranan penting dalam demokrasi - Modi

Rakyat India di AS main peranan penting dalam demokrasi – Modi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata, rakyat India yang menetap di Amerika Syarikat (AS) memainkan peranan penting dalam proses demokrasi menjelang Pilihan Raya Presiden yang akan berlangsung pada 5 November ini.

Bercakap di hadapan komuniti India di negara ini di Long Island semalam, beliau menekankan kepentingan demokrasi New York, namun tidak menyentuh tentang persaingan antara calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump dan Parti Demokrat, Kamala Harris.

“Tahun 2024 adalah tahun yang sangat penting bagi seluruh dunia. Di satu pihak, konflik dan ketegangan berlaku di beberapa negara.

“Sementara itu, demokrasi diraikan di pelbagai negara di dunia. India dan Amerika sama-sama meraikan demokrasi,” katanya.

Data bancian menunjukkan, AS mempunyai sekitar 4.5 juta pengundi berketurunan India.

Kehadiran Modi dalam lawatan rangka kerja selama tiga hari ke AS disambut meriah warganegara India yang menetap di negara ini dan beliau dijangka bertemu Trump.

Trump berdepan saingan yang hebat daripada Harris, yang juga berketurunan India.

Modi bertemu Presiden, Joe Biden Sabtu lalu di Delaware dalam pertemuan yang turut melibatkan pemimpin Australia dan Jepun.

Seorang pegawai AS enggan mengesahkan sama ada isu hak asasi manusia dibincangkan dalam pertemuan Biden dan Modi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN