MORONI: Presiden Comoros, Azali Assoumani mengalami kecederaan ringan selepas ditikam dengan pisau, di sebuah kawasan di pinggir ibu kota Moroni, semalam.
Suspek berusia 22 tahun melancarkan serangan itu ketika Azali menghadiri upacara pengebumian seorang pemimpin agama terkenal.
“Tikaman itu mencederakan tangan Presiden, namun kecederaannya tidak serius dan sudah boleh pulang ke rumah. Penyerang berjaya diberkas oleh pasukan keselamatan,” kata jurucakap kerajaan -AFP