PPS akan ditutup secara berperingkat - Kon Yeow

PPS akan ditutup secara berperingkat – Kon Yeow

KON Yeow (dua dari kanan) ketika ditemui pemberita di LRA Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di ketiga-tiga daerah di Seberang Perai dijangka ditutup secara berperingkat susulan keadaan cuaca yang dilihat semakin pulih.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sehingga kini, terdapat seramai 556 mangsa masih berada di tujuh PPS di daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

“Masih ada pusat pemindahan banjir yang beroperasi (ketika ini). Kita lihatlah keadaan, dengan perubahan cuaca yang semakin pulih, dijangka pusat-pusat ini (PPS) boleh henti operasilah dalam masa satu atau dua hari.

“Walaupun jumlah mangsa (banjir) semakin menurun, bantuan akan terus disediakan buat mangsa yang masih berlindung di PPS termasuk bantuan makanan, minuman dan tempat tinggal sementara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Pembukaan Rasmi Pakej 12A di LRA Sungai Dua, di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir K. Pathmanathan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan kewangan, Kon Yeow memaklumkan, tidak ada dasar sedemikian ekoran sukar untuk mendefinisikan mangsa yang layak.

“Mengikut apa yang diamalkan sebelum ini, penubuhan PPS adalah bertujuan memindahkan mangsa-mangsa banjir kilat ke pusat-pusat ini.

“Bantuan seperti makanan, minum, tempat rehat, tempat tidur dan khemah-khemah turut disediakan seperti biasa,” katanya.

Semalam, media melaporkan, kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengisytiharkan darurat susulan keadaan banjir di beberapa kawasan di Pulau Pinang berikutan situasi bencana itu yang dilihat semakin reda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya