ROM: Pemimpin Tertinggi Vatican, Pope Francis mengecam pembunuhan kanak-kanak Palestin akibat serangan tentera Israel di Gaza dengan melabelkan ia sebagai ‘jelek’. Dalam penerbangan pulang ke Rom dari Singapura, paderi itu menyatakan keraguan sama ada Israel berusaha menamatkan konflik yang berlanjutan sejak 11 bulan lalu. “Saya tidak fikir mereka akan mengambil langkah untuk berdamai,” katanya. Francis berkata demikian dalam sidang akhbar kepada pihak wartawan selepas lawatan selama 12 hari di seluruh Asia Tenggara dan Oceania. Katanya, beliau bercakap melalui telefon dengan ahli paroki Katolik di Gaza hampir setiap hari dan dimaklumkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya