Polis tahan 33 suspek terlibat protes etnik di Manipur

Polis tahan 33 suspek terlibat protes etnik di Manipur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Polis India menahan 33 individu susulan tunjuk perasaan antara etnik di negeri Manipur dalam tempoh beberapa hari ini yang mengakibatkan 11 maut.

Menurut polis hari ini, ia susulan protes ganas dalam masa beberapa hari kebelakangan ini apabila penunjuk perasaan dari etnik Meitei dan Kuki bertempur menggunakan dron dan serangan roket.

“Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam siri keganasan terbaharu ini.

“Sebagai tindak balas kepada protes ganas dalam beberapa hari lalu, polis Manipur telah menangkap 33 orang dan menahan tujuh remaja,” jelas kenyataan polis.

Polis turut menggesa orang ramai untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan.

Pihak berkuasa turut mengenakan sekatan Internet di beberapa kawasan terlibat dan melaksanakan perintah berkurung.

Pertempuran meletus di Manipur pada Mei tahun lalu antara majoriti etnik Meitei yang beragama Hindu dan komuniti Kuki yang majoritinya Kristian, dalam konflik yang membunuh sekurang-kurangnya 200 nyawa.

Sejak itu, penduduk di Manipur berpecah menjadi kumpulan-kumpulan yang berselisih di seluruh negeri di timur laut tersebut, yang bersempadan dengan Myanmar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN