PM arah Menteri bertemu MCCBCHST perjelas isu penempatan pegawai Jakim

PM arah Menteri bertemu MCCBCHST perjelas isu penempatan pegawai Jakim

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar bertemu Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) dalam masa terdekat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, ia bagi mengurus isu penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di jabatan kerajaan dengan baik tanpa wujud salah faham selain menyatakan pendirian kerajaan terutama penjelasan bagi isu sama telah dibuat pada 7 Ogos lalu.

“Perdana Menteri minta satu penjelasan dilakukan yakni, ini sebenarnya adalah dasar dari tahun 2006/2007, malah ada dalam kalangan ahli Jemaah Menteri yang merupakan sebahagian Jemaah Menteri pada waktu itu.

“Menteri Pertahanan (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) sebagai contoh, beliau ada dalam Kabinet pada waktu itu dan beliau mengingatkan Jemaah Menteri (bahawa) waktu itu, itulah dasar diumumkan (penempatan pegawai Jakim),” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. 

Menurut Fahmi, tuduhan mengaitkan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang ditempatkan di jabatan kerajaan terbabit gubal dasar adalah tidak berasas sama sekali.

Kata Fahmi, beliau dimaklumkan, pegawai Jakim itu hanya berperanan dari segi integriti dan pengisian kerohanian dalam jabatan tersebut. 

Beliau yang juga Menteri Komunikasi mengesahkan, isu pegawai Jakim dibangkitkan MCCBCHST itu turut dibawa dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar) beri peringatan bahawa sehingga hari ini tidak ada kementerian yang telah mendapat penempatan pegawai Jakim yang baharu.

“Untuk mengeluarkan tuduhan pegawai Jakim ada terlibat dalam isu dasar dalam kementerian, itu terlalu jauh dari matlamat asal penempatan mereka.

“Mereka ditempatkan untuk bantu terutama dari segi integriti, pengisian kerohanian dalam kementerian tersebut bukan untuk memberi pandangan berkaitan soal dasar,” katanya.

Sebelum ini, MCCBCHST menyuarakan bantahan mereka susulan laporan bahawa pegawai agama Islam akan ditempatkan di semua jabatan kerajaan bagi memastikan keputusan yang dibuat selari dengan prinsip Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya