Pestabola Merdeka 2024: Lubnan mara ke Final

Pestabola Merdeka 2024: Lubnan mara ke final

PEMAIN Lubnan, Nassar Nassar (kanan) merebut bola dari pemain Tajikistan, Khusrav Toirov pada perlawanan Pestabola Merdeka 2024 antara Lubnan menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lubnan mara ke final Pestabola Merdeka 2024 selepas berjaya menewaskan juara bertahan, Tajikistan 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain tengah, Jihad Ayoub, yang mendapat hantaran menerusi sepakan penjuru pada minit ke-13

Tandukan padu Ayoub yang tidak dapat disekat oleh pertahanan Tajikistan, sekali gus memberi kelebihan awal kepada Lubnan.

Jaringan itu memaksa Tajikistan meningkatkan serangan untuk menyamakan kedudukan, namun pertahanan Lubnan berjaya mengawal tekanan bagi memastikan mereka kekal di hadapan sepanjang perlawanan.

Tajikistan, yang tampil sebagai juara bertahan, menggunakan strategi menyerang dengan harapan dapat mencari gol penyamaan.

Bagaimanapun, beberapa percubaan berbahaya dilakukan oleh pemain Tajikistan gagal menembusi gawang Lubnan yang dikawal rapi oleh penjaga gol Lubnan, Mostafa Matar.

Lubnan juga berpeluang untuk menambah gol pada separuh masa kedua, tetapi beberapa percubaan mereka tidak menemui sasaran.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat, sekali gus memberi kemenangan bermakna kepada Lubnan.

Di pentas final pada 8 September ini, Lubnan akan menentang pemenang perlawanan antara Malaysia dan Filipina. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya