ERZURUM: Sebuah pesawat penumpang India membuat pendaratan cemas di bandar timur Türkiye akibat menerima ancaman bom, hari ini.
Pesawat Vistara Airlines itu dilaporkan dalam perjalanan ke Jerman dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Erzurum.
Pasukan tindak balas kecemasan Türkiye termasuk Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), petugas perubatan, polis dan bomba dihantar segera ke lapangan terbang berkenaan.
Difahamkan, kesemua 234 penumpang dan 13 kru selamat dipindahkan dan pemeriksaan menyeluruh di kawasan kabin dan kargo sedang dijalankan.
Bagaimanapun, kerajaan tempatan mengesahkan ancaman bom itu adalah palsu.-AGENSI