Perjalanan Yew Sin-Ee Yi akhirnya terhenti

Perjalanan Yew Sin-Ee Yi akhirnya terhenti

ONG Yew Sin-Teo Ee Yi tewas kepada pasangan tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 18-21, 11-21 pada perlawana separuh akhir Terbuka China, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat untuk melihat dua beregu negara bertarung di pentas akhir Terbuka China 2024 tidak kesampaian apabila Teo Ee Yi-Ong Yew Sin tewas di separuh akhir, sebentar tadi.

Yew Sin-Ee Yi terpaksa menerima tentangan hebat dari wakil tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 18-21, 11-21 yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou.

Beregu pilihan kelima kejohanan itu seterusnya akan menentang beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani di perlawanan final esok.

Gandingan No. 12 dunia itu menewaskan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-14, 24-22 dalam satu lagi aksi separuh akhir, petang tadi.

Selain Sze Fei-Nur Izzuddin, Malaysia turut mempunyai wakil menerusi acara beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang akan menentang dengan pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, esok – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya