Perancis bentuk kerajaan minggu depan - Utusan Malaysia

Perancis bentuk kerajaan minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REIMS: Perancis akan membentuk kerajaan baharu minggu depan, kata Perdana Menteri Michel Barnier ketika beliau masih meneliti nama-nama untuk mengisi tempat di Kabinet.

Barnier semalam berkata, pemilihan menteri-menteri akan dibuat berdasarkan perbincangan dengan semua pihak selepas Parlimen kini berpecah kepada tiga kumpulan selepas pilihan raya lalu.

“Kami mengambil serius perkara ini dan melakukan pemilihan secara berperingkat,” katanya kepada pemberita di Reims, timur Perancis.

 Jelasnya, beliau akan mendengar pendapat semua pihak selepas Pilihan Raya Parlimen mengejut pada julai lalu tidak memberikan keputusan muktamad.

Parti Barnier sendiri iaitu Parti Republikan semalam turut mengumumkan bersedia menyertai kerajaan beliau.

Parti tersebut mempunyai 47 wakil sahaja daripada 577 kerusi di Majlis Nasional dalam pilihan raya Julai lalu.

Barnier yang sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Alam Sekitar, Luar Negeri dan Pertanian serta merupakan bekas perunding utama Brexit Kesatuan Eropah, dilantik minggu lalu oleh Presiden Emmanuel Macron.

Dengan tiada majoriti berfungsi lagi di Parlimen selepas keputusan Macron membubarkan Majlis Nasional, Presiden itu menangguhkan pemilihan Perdana Menteri selama beberapa minggu bagi memilih calon sesuai yang tidak akan menghadapi undi tidak percaya.

Barnier berdepan tekanan membentuk kerajaan menjelang 1 Oktober ini apabila kerajaan perlu mengemukakan draf belanjawan bagi tahun 2025. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN