Penyokong hidupkan semula SNBJ

Penyokong hidupkan semula SNBJ

PENYOKONG Harimau Malaya yang hadir bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukti Jalil, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah kehadiran penyokong ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijangka bertambah malam ini bagi menyaksikan aksi final Pestabola Merdeka 2024 antara Harimau Malaya menentang Lubnan, malam ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati jumlah kehadiran penyokong lebih ramai di perkarangan SNBJ berbanding aksi Malaysia menentang Filipina pada Rabu lalu, sekali gus kembali menghidupkan suasana perlawanan akhir.

Pada aksi menentang Filipina, SNBJ kelihatan suram tanpa kehadiran penyokong yang ramai berbanding perlawanan sebelum ini selepas adanya gerakan boikot daripada Ultras Malaya terhadap Pestabola Merdeka 2024.

Seorang peminat Harimau Malaya, Juliana Kahar berkata, dia bersama keluarga hadir ke SNBJ pada Rabu lalu dan hari ini demi memberi sokongan kepada Harimau Malaya.

“Hari ini (penyokong) lebih ramai berbanding Rabu lalu, kita boleh saksikan Stadium Nasional Bukit Jalil ‘hidup’ semula,” katanya yang datang ke SNBJ Bersama ahli keluarga.

Mohamad Ghadafi bersama keluarga di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya.

Sementara itu, Mohamad Ghadaffi Adman berkata, dia datang ke SNBJ bagi memberi peluang kepada dua anaknya untuk merasakan suasana menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

“Saya bawa dua orang anak (Muhamad Mirza, 10 dan Muhamad Harith, 8) untuk saksikan Malaysia beraksi, selepas ini apabila sudah besar mereka boleh datang sendiri. Ini pendedahan kepada mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN