Penumpang MRT Singapura dipindahkan akibat gangguan elektrik

Penumpang MRT Singapura dipindahkan akibat gangguan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seramai 850 penumpang MRT Singapura terpaksa dipindahkan ke laluan rel akibat gangguan perkhidmatan kereta api antara Stesen Boon Lay dan Queenstown, pada pagi semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 9.30 pagi waktu tempatan itu berpunca daripada kerosakan sebuah kereta api yang sedang menuju ke Depo Ulu Pandan, menyebabkan kereta api tersebut mengeluarkan asap.

Menurut kenyataan pihak pengendali MRT, SMRT di Facebook, kerosakan itu menyebabkan kabel elektrik terjejas, lalu memutuskan bekalan elektrik dan menghentikan operasi perkhidmatan di sembilan stesen East-West Line (EWL), termasuk Stesen Boon Lay, Lakeside, Chinese Garden, Jurong East, Clementi, Dover, Buona Vista, Commonwealth, dan Queenstown.

Kesemua penumpang dari gerabak yang mengalami kerosakan dipindahkan ke laluan rel dan dipandu kakitangan SMRT kembali ke platform Stesen Clementi.

Bagi membantu penumpang, perkhidmatan bas penghubung percuma disediakan antara stesen yang terjejas, manakala SMRT memohon maaf atas gangguan besar tersebut dan menyatakan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan perkhidmatan dengan cepat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SMRT, Ngien Hoon Ping, dan Pengerusi Seah Moon Ming turut menyatakan rasa kesal atas ketidakselesaan yang dihadapi oleh penumpang.

Menurut mereka, masalah berlaku akibat kerosakan pada kotak As kereta api generasi pertama yang beroperasi lebih 35 tahun.
Kotak tersebut tercabut dan menyebabkan roda bogie terkeluar dari landasan, lalu merosakkan peralatan rel, termasuk rel ketiga dan mesin penunjuk arah, menyebabkan gangguan bekalan kuasa.

Sementara itu, pasukan teknikal SMRT terus berusaha memperbaiki kerosakan besar pada rel, dengan pemeriksaan menyeluruh terhadap semua kereta generasi pertama dijalankan sepanjang malam.

Gangguan tersebut turut menyebabkan penumpang beratur panjang di luar Stesen MRT Queenstown. Meskipun bas penghubung percuma disediakan, beberapa penumpang meluahkan rasa bingung dan kecewa ketika menunggu bas yang akan membawa mereka ke destinasi lain.

Menteri Pengangkutan, Chee Hong Tat, memaklumkan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) akan menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca kejadian serta memperbaiki sebarang kelemahan yang dikenalpasti dan siasatan dijangka mengambil masa beberapa hari, dan perkhidmatan MRT dijangka terganggu sehingga Khamis. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya