Pemain dari Croatia kuatkan jentera tengah Selangor FC

Pemain dari Croatia kuatkan jentera tengah Selangor FC

Nikola Jambor menjadi pemain baharu Selangor FC pada musim ini.-IHSAN SFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC menambah kekuatan jentera tengah mereka apabila menandatangani pemain import baharu dari Croatia, Nikola Jambor.

Pemain berusia 28 tahun itu, diumumkan secara rasmi oleh Gergasi Merah selepas Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) telah diluluskan bagi menyertai Selangor untuk mengharungi saingan Liga Malaysia bagi musim 2024/2025.

Lebih mesra dengan panggilan Niko, memulakan karier profesional beliau sejak usianya 19 tahun bersama NK Koprivnica, kelab di negara kelahirannya, Croatia.

Sepanjang beraksi di Croatia, kelab paling banyak Niko membuat penampilan adalah bersama Slaven Belupo Koprivnica dalam 66 perlawanan sepanjang dua musim.

Antara pencapaian terbaik beliau bersama kelab tersebut adalah meraih tempat kedua dalam saingan Croatian Cup 2015/16.

Niko turut berkelana di beberapa negara sepanjang kariernya seperti di Portugal bersama kelab Rio Ave FC, Arab Saudi (Hajer FC) dan Belgium.

Pengalaman luas yang Niko miliki, dilihat mampu memberi suntikan yang berharga kepada Selangor dalam meneruskan saingan Liga Malaysia dan ACL2 2024/25.

Menurut Niko, dia tidak fikir panjang untuk ke kem Selangor FC selepas mendengar tawaran tersebut daripada ejennya.

“Saya ada menerima panggilan daripada ejen saya mengenai tawaran yang telah menarik perhatian penuh saya.

Rancangan pihak kelab telah disusun dan sejajar dengan objektif serta misi saya, menjadikannya sukar untuk ditolak kerana saya benar-benar teruja untuk bersama keluarga baru ini dan bekerjasama ke arah matlamat yang sama,” ujar Niko.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil berkata dengan kehadiran Nikola dalam pasukan, ia bakal memberi saingan sengit untuk bahagian tengah sekali gus meningkatkan prestasi pasukan.

“Saya pasti Nikola akan memberikan saingan yang tinggi terutamanya di bahagian tengah dalam pasukan.

“Saingan ini sedikit sebanyak mampu memberikan kesan positif kepada pasukan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia dan ACL2 musim ini,” katanya.

Untuk aksi seterusnya Kumpulan H dalam saingan ACL2, Selangor bakal melayan kunjungan Dynamic Herb Cebu (Filipina), Khamis ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya