Peluang beraksi di gelanggang sebenar, Klinik STL kini dibuka untuk warga Johor

Peluang beraksi di gelanggang sebenar, Klinik STL kini dibuka untuk warga Johor

PELAJAR-pelajar yang terlibat di Klinik STL di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peluang keemasan buat warga negeri Johor apabila Klinik Sepaktakraw League (STL) 2024 akan kembali dianjurkan, Oktober ini.

Klinik STL 2024 ini akan diadakan pada 1 Oktober 2024 di Arena Larkin sejurus selesai program sebelum ini di Spice Arena, Pulau Pinang, 19 September lalu.

Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, Astro sentiasa komited memperkasakan pembangunan sukan termasuk dari peringkat akar umbi dengan mendekati komuniti bagi mencari bakat baharu dan memupuk generasi muda ini meminati bidang sukan khususnya sepak takraw.

“Program ini masih lagi menjelajah ke beberapa buah sekolah yang terpilih seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, dan Perak.

“Melihat sambutan yang begitu menggalakkan, Astro turut mengambil inisiatif untuk membuka pendaftaran Klinik STL ini kepada orang ramai mengikut terma dan syarat yang ditetapkan,” katanya.

Golongan muda berusia 13 hingga 17 tahun akan diberi peluang menerusi sesi ramah mesra bersama pemain bintang STL yang juga pemain profesional negara.

Peserta akan mempelajari kemahiran asas sepak takraw bersama pemain-pemain profesional STL dan akan berpeluang bermain bersama pasukan pilihan STL di gelanggang yang sebenar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya