Pejuang Palestin setuju gencatan senjata, bertemu di Doha

Pejuang Palestin setuju gencatan senjata, adakan pertemuan di Doha

PENUNJUK perasaan mengibarkan bendera Palestin dan memegang sepanduk ketika himpunan di luar Downing Street di London, bagi mendesak gencatan senjata di Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Kumpulan pejuang Hamas di Palestin bersedia mencari titik perdamaian dengan gencatan senjata antara rejim Israel di Gaza tanpa sebarang syarat baharu oleh kedua-dua pihak.

Kenyataan terkini oleh Hamas itu disiarkan selepas pasukan perunding yang diketuai oleh Pegawai Kanannya, Khalil al-Hayya mengadakan pertemuan di negara pengantara, Qatar dan Mesir, semalam.

Pertemuan diadakan bersama Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani dan Ketua Perisikan Mesir, Abbas Kamel di Doha.

Bagaimanapun, belum diketahui sama ada perbincangan itu membuahkan hasil atau merekodkan sebarang kejayaan.

Hamas pada masa sama sekali lagi mendesak pengunduran tentera rejim Zionis daripada seluruh wilayah Gaza. 

“Dalam usaha mencapai perjanjian, kami mengekalkan permintaan sebelum ini dan menolak pertambahan syarat baharu oleh mana-mana pihak,” tegasnya seperti laporan Reuters. 

Usaha perjanjian gencatan senjata dianjurkan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) selama berbulan-bulan, gagal menghentikan konflik peperangan antara Israel dan Hamas di Gaza. 

Pusingan rundingan terbaharu di Doha dan Kaherah dibuat berdasarkan rangka perjanjian diketengahkan pada Mei lalu oleh Presiden AS, Joe Biden.

Hamas ketika itu menyatakan kesediaan mempersetujui perjanjian berkenaan. 

Tekanan untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata semakin memuncak selepas penemuan enam mayat tebusan Israel dijumpai dalam terowong di Gaza, pada awal bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN