Pejabat Perisikan Israel terbaik dunia dibom Hezbollah

Pejabat Perisikan Israel terbaik dunia dibom Hezbollah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Kumpulan Hezbollah berjaya mengebom pejabat perisikan Unit 8200 Israel yang diiktiraf sebagai terbaik di dunia, akhir bulan lalu.

Berita itu terbongkar selepas beberapa sumber keselamatan di Eropah, baru-baru ini mendakwa kejayaan serangan Hezbollah.

Serangan itu dinamakan sebagai ‘Operasi Arbaeen’ dan meragut puluhan nyawa di dalam unit risikan itu.

Dilaporkan seramai 22 orang maut dan 74 yang lain mengalami kecederaan akibat serangan itu.

Difahamkan, operasi itu adalah serangan balas Hezbollah terhadap Israel yang membunuh Panglima Hezbollah, Fuad Shukr, sebelum ini.

Laporan kejayaan serangan kumpulan itu muncul ketika berita pengunduran Brigedier Jeneral, Yossi Sariel yang menjaway jawatan sebagai Komandan Unit 8200. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN