Pearly-Thinaah mudah ke suku akhir

Pearly-Thinaah mudah ke suku akhir

PEARLY TAN (kiri) dan M. Thinaah menewaskan gandingan tuan rumah, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan 21-16, 21-14 pada pusingan kedua, Terbuka Hong Kong 2024, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong 2024 selepas menewaskan wakil tuan rumah, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan ketiga kejohanan, pasangan negara hanya memerlukan 30 minit sahaja untuk menewaskan Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan 21-16, 21-14.

Naib juara Terbuka Korea Selatan 2024 itu akan membuat perhitungan dengan pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi pada perlawanan suku akhir esok.

Pilihan kelapan itu mudah mengatasi gandingan tuan rumah, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying menerusi kemenangan straight set 21-8, 21-17, sebentar tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN