Pearly-Thinaah juara Terbuka Hong Kong 2024

Pearly-Thinaah juara Terbuka Hong Kong 2024

PEARLY Tan (kiri) dan M. Thinaah menewaskan beregu China, Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-14, 21-14 pada perlawanan akhir Terbuka Hong Kong 2024, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah mudah mengatasi beregu China untuk merangkul gelaran Terbuka Hong Kong 2024, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan ketiga kejohanan, Pearly-Thinaah menewaskan gandingan No. 3 dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-14 dalam tempoh 37 minit.

Lebih manis, ini merupakan pentas final kedua berturut-turut Terbuka Hong Kong selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Ramadhanti 14-21, 24-22, 21-9 pada edisi lalu.

Beregu No. 8 dunia itu turut mara di pentas final kejohanan sebelum ini di Terbuka Korea Selatan 2024, namun dinafikan oleh beregu tuan rumah, Jeong Na Eun 21-12, 21-11.

Untuk rekod, Terbuka Hong Kong 2024 menjadi gelaran sulung mereka dalam Jelajah Badminton Persekutuan Dunia (BWF) musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN