PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong 2024, sebentar tadi.
Pearly-Thinaah tidak berdepan masalah untuk mengatasi gandingan dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-13 dalam tempoh 31 minit.
Naib juara Terbuka Korea Selatan 2024 itu seterusnya akan membuat perhitungan pemain pilihan pertama kejohanan, Baek Ha Na-Lee So Hee pada aksi penentuan ke final.
Pasangan Korea Selatan itu turut menempah slot separuh akhir selepas menewaskan rakan senegaranya, Lee Yu Lim-Shin Seung Chan 21-8, 21-18 dalam masa 43 minit.
Untuk rekod, kali terakhir beregu No. 8 dunia itu bertemu dengan Ha Na-So Hee adalah menerusi aksi separuh akhir Terbuka Korea Selatan 2024, bulan lalu yang mana Pearly-Thinaah melakar kemenangan 21-18, 21-13. – UTUSAN