Pasukan 'Blind Dates' muncul juara Piala Presiden 2024

Pasukan ‘Blind Dates’ muncul juara Piala Presiden 2024

PRESIDEN Saujana Golf & Country Club, Tan Sri Megat Zaharuddin menyampaikan trofi kejuaraan kepada pemenang di Hotel Saujana, 7 September lalu. - IHSAN PENGANJUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat ahli yang tidak bermain antara satu sama lain sebelum ini dikumpulkan bersama untuk membentuk pasukan, muncul juara Piala Presiden Saujana 2024, minggu lalu.

Pasukan yang terdiri daripada Pemain Golf Terbaik Malaysia 2019 dan 2022, Fong Chin Loong, Fong Kum Kuan, Thomas Chew dan pemain wanita Mi Young Choi mengumpul 109 mata stableford.

Mengikut format kejohanan, tiga daripada empat terbaik dalam mencatat markah dikira sebagai pemenang dalam lapangan yang terdiri daripada 24 pasukan.

Pasukan terbabit meluahkan rasa bersyukur selepas kemasukan Chin Loong mencipta kejutan berikutan salah seorang rakan sepasukannya menarik diri saat akhir.

Di tempat keduap pasukan yang dibarisi oleh Jerome Hong, Datuk Mohd Nafidz, Chang Sin Fei dan Doris Cheng terpaksa akur dengan perbezaan kurang dari dua mata.

Tempat ketiga diraih oleh pasukan Datuk Nigel Ng, Kenneth Chin, Kenny Chiam dan Jiyeon Choi yang meraih 106 mata.

Majlis penyampaian hadiah diadakan di Hotel Saujan yang mana turut dihadiri oleh pengerusinya, Tan Sri Razali Abdul Rahman untuk bertemu dengan ahli.

Untuk rekod, Piala Presiden Saujana dilancarkan oleh Razali sejak 2011 dan ianya kekal dianjurkan sehingga kini kecuali 2020-2021 berikutan pandemik COVID-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN