Parlimen Indonesia lulus belanjawan sulung Prabowo

Parlimen Indonesia lulus belanjawan sulung Prabowo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Parlimen Indonesia meluluskan belanjawan sulung Presiden yang dipilih, Prabowo Subianto untuk 2025.

Belanjawan itu menganggarkan perbelanjaan sebanyak AS$237 bilion (lebih RM1 trilion) dan defisit fiskal dijangka 2.53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bajet 2025 menjangka pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus, sedikit peningkatan daripada ramalan 2024 sebanyak 5.1 peratus dan sasaran pendapatan 3,005.1 trilion rupiah.

Ia merangkumi program utama kerajaan Prabowo akan datang, termasuk dasar makanan percuma untuk kanak-kanak yang akan menelan perbelanjaan 71 trilion rupiah.

Perbelanjaan itu turut meliputi pemeriksaan kesihatan percuma, pembinaan hospital, ubah suai sekolah dan inisiatif keselamatan makanan.

Probowo akan memulakan penggal lima tahunnya pada 20 Oktober depan dan memulakan pembentukan Kabinet bersama gandingannya, Gibran Rakabuming Raka.

Prabowo dan Gibran memenangi pilihan raya dengan 58 peratus undi, berdasarkan pengiraan kebangsaan yang diumumkan pada 20 Mac lalu.

Namun, perayaan kemenangan itu ditangguhkan, berikutan cabaran undang-undang daripada calon pesaing, Anies dan Ganjar, yang menuntut supaya keputusan itu dibatalkan.

Mereka mendakwa, berlaku penipuan pengundian secara meluas, adanya pilih kasih dan sokongan pemerintah yang dikatakan memihak kepada Prabowo dan Gibran, yang juga anak sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN