Pangkalan tentera di Iraq meletup, sebelum Presiden Iran datang

Pangkalan tentera AS di Iraq meletup, sebelum kehadiran Presiden Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Pasukan Keselamatan Iraq melaporkan berlaku letupan di pangkalan tentera gabungan pimpinan Amerika Syarikat (AS) berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada lewat malam Selasa.

Letupan tersebut berlaku sehari sebelum Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dijangka tiba di Iraq pada Rabu, dalam lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan Julai lalu.

“Pada pukul 11 malam waktu tempatan, satu letupan didengari di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad berdekatan kawasan yang diduduki oleh penasihat gabungan antarabangsa.

“Pasukan keselamatan Iraq tidak dapat mengenal pasti punca letupan tersebut, yang belum ada pihak mengaku bertanggungjawab,” menurut kenyataan yang disiarkan di platform media sosial X oleh jurucakap bagi Komando Operasi Bersama, Mejar Jeneral Tahseen Al Khafaji.

Tambahnya, laluan udara tidak terjejas dan tiada penerbangan yang terganggu.

Sementara itu, seorang pegawai kanan tentera, yang enggan namanya didedahkan, memberitahu AFP dua roket jenis Katyusha yang menyebabkan letupan tersebut.

“Satu jatuh di dinding kompleks pasukan anti-pengganas Iraq. Yang kedua di dalam pangkalan yang menempatkan gabungan anti-jihad antarabangsa yang dipimpin oleh Washington,” kata pegawai tersebut.

Hubungan antara Iran dan Iraq semakin rapat sejak dua dekad lalu, dengan Teheran merupakan salah satu rakan dagang utama Iraq selain mempunyai pengaruh politik yang besar di Baghdad.

Tahun lalu, pasukan gabungan yang dipimpin AS telah beberapa kali diserang di Iraq dan Syria ketika keganasan yang berkaitan dengan perang Israel-Hamas di Gaza telah menarik masuk kumpulan bersenjata yang disokong oleh Iran di seluruh Asia Barat

Bagi meredakan keadaan dan mengelakkan Iraq daripada terlibat dalam ketegangan serantau, AS dan Iraq sedang merundingkan pengunduran secara berperingkat pasukan anti-jihad yang dipimpin AS.

AS menempatkan sekitar 2,500 tentera di Iraq dan 900 di Syria sebagai sebahagian daripada gabungan antarabangsa menentang kumpulan Daesh. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN