Pang Ron-Su Yin mara ke suku akhir, tiga beregu terkandas

Pang Ron-Su Yin mara ke suku akhir, tiga beregu terkandas

HOO Pang Ron-Cheng Su Yin menewaskan pasangan tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 16-21 21-14 21-19 pada perlawanan pusingan kedua China Masters 2024 di Arena Shenzen, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Chen Su Yin meneruskan momentum rentak kemenangan apabila mara ke suku akhir Terbuka China 2024, pagi tadi.

Beregu No. 32 dunia itu mudah menewaskan rakan senegara, Yap Roy King-Valeree Siow menerusi kemenangan straight set 21-9, 21-15 dalam tempoh 24 minit.

Pang Ron-Su Yin bakal bertemu dengan Dejan Ferdinansyah-Gloria Widjaja pada aksi suku akhir esok.

Sementara itu, kem badminton Malaysia dilanda kekecewaan apabila tiga beregu negara terkandas di psuingan kedua, sebentar tadi.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal menyaingi pasangan Indonesia, Dejan-Gloria pada pertemuan sulung mereka selepas tewas 21-15 13-21 21-9 dalam perlawanan yang berlangsung hampir sejam.

Turut tersingkir pasangan profesional campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewas mengejut kepada beregu ‘kerdil’ dari Denmark.

Beregu No. 17 dunia itu terpaksa berpuas hati dengan kekalahan straight set 21-18 21-18 kepada Jesper Toft-Amalie Magelund dalam masa 36 minit.

Dalam pada itu, juara Terbuka Hong Kong 2024, Pearly Tan-M. Thinaah gagal untuk merebut gelaran kejohanan berstatus Super 1000 selepas tewas kepada gandingan tuan rumah.

Pasangan No. 8 dunia itu terpaksa tunduk kepada Li Yi Jing-Luo Xu Min menerusi kekalahan straight set 21-16, 21-18 dalam tempoh 40 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya