Pang Ron-Su Yin, Kian Meng-Pei Jing mudah ke pusingan kedua Terbuka China 2024

Pang Ron-Su Yin, Kian Meng-Pei Jing mudah ke pusingan kedua Terbuka China 2024

HOO Pang Ron (kanan) dan Cheng Su Yin menewaskan pasangan Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-17 21-16, pada pusingan pertama Terbuka China di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, hari ini. IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua wakil beregu campuran negara berjaya mempamerkan pukulan terbaik selepas masing-masing berjaya mara ke pusingan kedua Terbuka China, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou itu, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya memerlukan 28 minit sahaja untuk menumpaskan beregu No. 13 dunia dari Taiwan Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang, menerusi kemenangan straight set 21-17 21-16.

Pasangan No. 32 dunia itu seterusnya akan membuat perhitungan dengan rakan senegara, Yap Roy King-Valeree Siow pada aksi pusingan kedua esok.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng mudah mengatasi cabaran cabaran India yang juga gandingan suami isteri, Reddy B Sumeeth-Reddy Sikki.

Pasangan No. 17 dunia itu berjaya melakar kemenangan straight set 21-10, 21-16 pada pertemuan sulung mereka, sebentar tadi.

Kian Meng-Pei Jing dijangka mudah untuk meloloskan diri ke peringkat suku akhir apabila bertemu dengan pasangan No. 51 dunia dari Denmark, Jesper Toft-Amalie Magelund di pusingan kedua esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya