Pang Ron-Su Yin kejutkan juara Sukan Komanwel 2022

Pang Ron-Su Yin kejutkan juara Sukan Komanwel 2022

HOO Pang Ron (kiri) dan Cheng Su Yin perlu lebih konsisten dalam kejohanan yang disertai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mencipta kejutan apabila menewaskan gandingan Singapura, Terry Hee-Jessica Tan 21-17, 21-16 pada Terbuka Hong Kong 2024, sebentar tadi.

Pang Ron-Su Yin hanya memerlukan tempoh 29 minit sahaja untuk menyingkirkan pasangan No. 15 dunia itu untuk mara ke pusingan kedua.

Gandingan ranking ke-40 dunia itu akan dijadualkan bertemu dengan pasangan Taiwan, Ling Bing Wei-Lin Chih Chun, esok.

Turut mara pasangan suami isteri negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan mudah menewaskan beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Eom Hue Won 21-11, 21-14 dalam tempoh 27 minit.

Sementara itu, beregu muda campuran negara Yap Roy King-Valeree Siow mara ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan tuan rumah, Deng Chi Fai-Leung Yuet Yee, 21-11, 21-16 dalam masa 25 minit.

Cerita berbeza buat satu lagi wakil beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila mereka tewas gandingan pilihan ketujuh dari China, Cheng Xing-Zhang Chi 18-21, 21-14, 21-11.

Turut tersingkir, beregu lelaki remaja, Aaron Tai-Kang Khai Xin yang membuat penampilan kedua kejohanan berstatus Super 500 itu, tewas kepada pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk 21-12, 21-17.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa berpuas hati selepas tewas kepada pemain pilihan ketujuh dari Korea Selatan Kim Ga Eun 21-7, 24-22 dalam tempoh 33 minit.

Ini merupakan perlawanan pertama pemain berusia 24 tahun itu sejak berakhirnya Sukan Olimpik Paris 2024, Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya