P.Pinang: Cuaca cerah, jumlah mangsa banjir di PPS terus berkurangan

P.Pinang: Cuaca cerah, jumlah mangsa banjir di PPS terus berkurangan

CUACA cerah sejak awal pagi menyebabkan air mula surut di kebanyakan kawasan yang sebelum ini dilanda banjir khususnya di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seramai 521 mangsa banjir daripada 141 buah keluarga dilaporkan masih ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di sini sehingga pukul 3.42 petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah itu menunjukkan berlakunya trend penurunan berbanding 556 mangsa yang dipindahkan sehingga pukul 8 pagi tadi.

“Bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU) masih terdapat 386 mangsa daripada 98 keluarga masih berada di empat PPS yang dibuka di daerah tersebut.

“Seramai 95 mangsa daripada 24 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) manakala 40 mangsa daripada 19 keluarga pula masih berada di sebuah PPS di Seberang Perai Selatan (SPS),” katanya di sini, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN