Nyanyian Bella Astillah dikecam netizen - Utusan Malaysia

Nyanyian Bella Astillah dikecam netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nyanyian pelakon, Bella Astillah ketika di sebuah acara baru-baru ini, telah mencetuskan pelbagai respons daripada netizen.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Bella dilihat bersungguh-sungguh menghayati bait lirik lagu Mati-Matian nyanyian asal Mahalini.

Namun, nyanyiannya mula menuai kecaman dalam kalangan netizen yang menyifatkan ibu kepada dua anak itu tidak mempunyai ton suara yang merdu malah lebih kepada sumbang.

“Maaf ya, Bella memang tak ada suara yang menarik seperti artis yang lain. Kalau bekas suaminya memang ada suara yang istimewa. Selamat maju jaya, Bella,” komen seorang netizen.

“Maaf Bella, kena terus terang juga. Kau nyanyi sumbang,” komen seorang lagi netizen.

“Maaf Bella, awak berlakon lagi bagus. Tak payah menyanyi Bella. Tapi lagu puasa raya awak masa kecil tu best. Ikhlas ini nak cakap,” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, ada juga peminatnya yang memuji nyanyian Bella yang dianggap sedap tapi dia perlu memilih lagu yang bersesuaian dengan nada suaranya.

“Rasanya suara dia ada berat, sedap saja tapi macam salah lagu kot,” kata seorang peminatnya.

“Suara Bella sedap tidak dinafikan, tapi lagu ini sangat susah dan tak semua penyanyi boleh cover lagu Mahalini dengan begitu sempurna,” kata seorang lagi peminatnya.

Sebelum ini, akaun media sosial tersebut juga berkongsi hantaran video Bella menyanyikan lagu Masing-Masing nyanyian Ernie Zakri yang turut mengundang kecaman ramai. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN