Norza menang tanpa bertanding, dilantik Naib Presiden OCA

Norza menang tanpa bertanding, dilantik Naib Presiden OCA

TAN Sri Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai Naib Presiden OCA zon Asia Tenggara pada Perhimpunan Agung yang diadakan di New Delhi, India, hari ini. - IHSAN MOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dilantik secara rasmi sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Zon Asia Tenggara pada Perhimpunan Agung di New Delhi, India, hari ini.

Norza yang meletakkan jawatan selaku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini merupakan calon tunggal untuk merebut posisi terbabit sekali gus menang tanpa bertanding.

Pelantikan itu turut mendapat perhatian Timbalan Presiden MOM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang mengalungkan ucapan penghargaan selain mempercayai pemilihan Norza bagi penggal 2024-2028 mampu mengukuhkan Pergerakan Olimpik di rantau ini.

“Mewakili keluarga MOM, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Norza atas pelantikannya sebagai Naib Presiden OCA.

“Pemilihan Tan Sri Norza membuktikan sifat kepimpinan serta dedikasi beliau terhadap kemajuan Pergerakan Olimpik bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh rantau Asia,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

Norza turut mencipta sejarah tersendiri selepad menjadi rakyat Malaysia kedua memegang jawatan terbabit selepas Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah yang memegang jawatan itu pada 1982.

Untuk rekod, Perhimpunan Agung OCA menjalankan pemilihan untuk lembaga eksekutif bagi penggal 2024-2028, termasuk seorang presiden, lima naib presiden yang mewakili zon, lima ahli dari setiap zon berlainan jantina kepada naib presiden masing-masing serta dua wakil dari Jawatankuasa Atlet OCA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya