Netanyahu diboikot di PBB, ikrar mahu menang perang

Netanyahu diboikot di PBB, ikrar mahu menang perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar akan meneruskan perang di Gaza sehingga mencapai kemenangan, memperlihatkan kedegilannya walaupun berterusan menerima kecaman dunia.

Dalam ucapannya yang dipenuhi nada bongkak di Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), beliau memberitahu terpaksa hadir ke New York selepas Israel dilemparkan pelbagai fitnah sepanjang memerangi kumpulan pejuang Hamas.

“Saya tidak berhasrat hadir ke sidang kemuncak ini kerana Israel sedang berperang. Namun selepas mendengar penipuan yang fitnah yang dilemparkan terhadap kami, saya perlu membetulkannya,” kata beliau.

Al Jazeera melaporkan, kehadiran Netanyahu ke sidang tersebut tidak dialu-alukan apabila delegasi dari beberapa negara termasuk Malaysia meninggalkan dewan perhimpunan sebelum giliran beliau berucap.

Selain itu, negara yang menyatakan sokongan kepada Resolusi Palestin yang berpandukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC), turut melakukan tindakan sama.

Netanyahu pada masa sama menyelar Hamas yang dikatakan tidak mempunyai peranan membangunkan semula Gaza selepas perang.

“Jika Hamas kekal berkuasa, ia akan terus menyerang Israel lagi dan lagi. Perang ini boleh berakhir dengan syarat Hamas meletak senjata, menyerah diri dan membebaskan tebusan kami,” katanya.

Serangan Israel di Gaza membunuh lebih 41,500 orang awam Palestin dan mencederakan lebih 96,000 yang lain sejak 7 Oktober tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN