Negeri Sembilan juara Perisai Raja-Raja

Negeri Sembilan juara Perisai Raja-Raja

PEMAIN- Pemain Negeri Sembilan bergambar dengan Perisai Raja-Raja di Kelab Aman semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Himpunan angka tinggi memastikan Negeri Sembilan mudah merangkul kejuaraan kriket antara negeri apabila mengetepikan Sabah dengan 230 larian dalam perlawanan akhir di Kelab Aman, kelmarin.

Dengan membariskan ramai pemain berwibawa. Negeri Sembilan yang kini memenangi Perisai Raja-Raja untuk tahun keenam berturut-turut telah mengumpulkan 334-8. Pemain serba boleh kebangsaan, Syahadat Ramli bergaya dengan beberapa hayunan enam telah menghimpun 150 larian menerusi 120 balingan.

Tidak terkecuali, pemutar kanan berbadan gempal, Nik Azril Ariffin cemerlang di lapangan tengah dengan 64 larian. Bekas pelajar Penang Free School, Syazrul Ezat Idrus pula tegap dengan 35 larian tanpa tewas.

”Saya dah lama tidak mengganas sebagai pemukul. Hari ini saya berpuas hati dan sedang menunggu untuk melakukan angka yang lebih tinggi dalam perlawanan-perlawanan akan datang,” kata Syahadat, juga dalam program Persatuan Kriket Melayu Malaysia di Sekolah Sukan Bandar Penawar dahulu.

Sabah yang hanya memukul setakat 104 larian, menyifatkan lawannya terlalu perkasa lebih-lebih lagi menerima banyak sokongan daripada Persatuan Kriket Negeri Sembilan.

Timbalan Yang Dipertua Kriket Melayu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi turut hadir untuk menyerahkan perisai kejuaraan kepada Negeri Sembilan.-UTUSAN

KEPUTUSAN

Negeri Sembilan kalahkan Sabah dengan 230 larian

Negeri Sembilan 334-8 (40 over) Syahadat Ramli 150; Nik Azril Ariffin 64; Syazrul Ezat Idrus kekal 35. Afiq Jabri Bahri 4-68.
Sabah 104 (24.1 over) Sophiaan Lahidu 25; Hamzah Panggi 24. Nik Azril 4-24; Fitri Sham 3-9.

Pemain terbaik: Syahadat Ramli (NS)
Pengadil: Shafizan Shariman (NS) & Samsyul Hisyam Manap (KL)
Pencatat: Faris Almas-Lee (KL)
Pengurus perlawanan: Arina A. Rahim (Pk)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN