MSN buat persiapan awal menjelang Sukan SEA 2025

MSN buat persiapan awal menjelang Sukan SEA 2025

KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub (tengah) melancarkan Unite International Tournament yang akan berlangsung pada 25 hingga 29 September 2024 di KLS Esplanade Mall, Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) bakal mengambil langkah awal bagi memperkasakan program latihan sukan-sukan yang dilihat berpotensi menyumbang pingat emas kepada negara dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.

Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub menyambut baik keputusan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) menyenaraikan semula enam jenis sukan di Sukan SEA 2025 yang dilihat mampu menjadi prospek utama pingat emas kepada negara.

“Kita akan lihat senarai sukan yang dipertandingkan (selepas dimuktamadkan). Kemudian, kita akan lihat senarai sukan yang ada kekuatan. Daripada 50 jenis sukan mungkin ada 15 hingga 20 yang mampu beri kita emas cuma bilangan sukan itu kita perlu lihat satu demi satu.

“Mana sukan yang boleh beri kepastian emas kepada kita kemudian kita akan lakukan analisis sukan yang mana patut diberikan tumpuan dan sukan yang mana negara lain lebih kuasai.

“Selepas dapat semua data itu baru kita boleh bagi tumpuan kepada sukan-sukan tertentu,” katanya kepada pemberita di sini selepas majlis penyerahan bendera kepada kontinjen negara yang akan bertanding di Kejohanan Antarabangsa Unite di MSN, Bukit Jalil, semalam.

Terdahulu, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib memaklumkan penganjur Sukan SEA 2025 telah meluluskan enam jensi sukan iaitu tenpin boling, angkat berat, wushu, karate, jujitsu dan kabaddi yang sebelum ini digugurkan.

Kata Abdul Rashid lagi, sukan yang kurang peluang tetap diberikan tumpuan cuma pendekatan yang bakal digunakan adalah berbeza.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Malaysia (MAGGA) Datuk V. Radahkrishnan berkata seramai 1000 peserta daripada sembilan negara bakal bertanding di Kejohanan Antarabangsa Unite pada 25 hingga September ini di Klang.

“Lima pingat emas disasarkan kepada kontinjen negara daripada 17 kategori yang dipertandingkan. Sasaran itu mampu dicapai kerana di Asia kita berada di ranking pertama.

“Pertandingan ini merupakan medan pemanas badan kepada atlet negara sebelum bertanding di Kejohanan Asia dekat Hong Kong pada Oktober ini dan Kejohanan Dunia di Estonia (November),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN