MFL lantik Rossi ganti Stuart

MFL lantik Rossi ganti Stuart

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi yang baharu dilantik menggantikan Datuk Stuart Ramalingam. - Ihsan MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan Giorgio Pompili Rossi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu menggantikan Datuk Stuart Ramalingam.

Pelantikan Rossi melengkapkan carta organisasi MFL menggantikan Stuart yang telah tamat kontraknya pada 31 Ogos lalu.

Menurut Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, keputusan melantik Pompili Rossi dibuat berdasarkan pengalaman yang ada pada beliau dalam industri bola sepak sejak 2013 sehingga kini.

“Kami di MFL mengalu-alukan kedatangan Pompili Rossi dan menaruh kepercayaan dengan kebolehan serta kepakaran beliau untuk menjalankan tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu di sini. Beliau akan memulakan tugas apabila selesai urusan proses mendapatkan visa dalam masa terdekat ini.

“Pengalaman dan pengetahuan Pompili Rossi tentang bola sepak Malaysia dan rantau ini diharapkan dapat membantu dalam menguruskan operasi MFL khususnya daripada aspek pertandingan dan komersial Liga Malaysia,” kata Ghani dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ab Ghani turut memberikan penghargaan kepada Stuart atas sumbangannya selama tiga tahun berkhidmat menerajui sekretariat MFL. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya