NEW YORK: Syarikat pemilik Facebook, Meta mengumumkan penyekatan RT News, Rossiya Segodnya dan rangkaian media negara Russia yang lain daripada platformnya. Tindakan itu dibuat berikutan rangkaian media berkenaan didakwa menggunakan taktik penipuan untuk menjalankan operasi pengaruh rahsia dalam talian. Perkara itu menandakan peningkatan sekatan syarikat media sosial terbesar dunia itu terhadap media Russia. “Selepas pertimbangan teliti, kami memperluaskan penguatkuasaan berterusan terhadap saluran media Russia. “Rossiya Segodnya, RT dan entiti lain yang berkaitan kini diharamkan daripada aplikasi kami di seluruh dunia untuk aktiviti campur tangan asing,” kata syarikat media sosial itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya