Mercedes raikan ulang tahun ke-50 Petronas di GP Singapura

Mercedes raikan ulang tahun ke-50 Petronas di GP Singapura

Jentera Formula Satu (F1) Mercedes, W15 tampil dengan warna menarik menjelang perlumbaan di GP Singapura.-IHSAN FB Mercedes-AMG Petronas F1 Team
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jentera Formula Satu (F1) Mercedes, W15 tampil dengan penampilan baharu menjelang Grand Prix (GP) Singapura, hujung minggu ini.

Tampil dengan rekaan berwarna perak, hitam dan hijau zamrud, rekaan khas ini akan tampil sekali sahaja di sekitar Marina Bay untuk meraikan ulang tahun ke-50 Petronas.

Bos Mercedes, Toto Wolff berkata penampilan ini bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun mereka, malah turut mencerminkan kepentingan Petronas sepanjang berada dalam pasukan Mercedes.

“Kerjasama kami dengan Petronas merupakan rakan kongsi paling lama dan masih kukuh. Mana-mana syarikat mencapai ulang tahun ke-50 adalah satu pencapaian yang luar biasa.

“Oleh itu, penampilan ini bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-50, namun mencerminkan kepentingan Petronas dalam perjalanan kisah dalam pasukan kami,” kata Wolff.

GP Singapura menjadi lokasi strategik untuk meraikan ulang tahun berkenaan berikutan ibu pejabat terletak di Kuala Lumpur.

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton meluahkan rasa terujanya untuk berlumba dengan rekaan baharu itu selepas ianya dibina selama berminggu.

“Rekaan ini kelihatan luar biasa. Saya tidak sabar untuk melihatnya dalam garaj dan kemudian mula untuk berada di belakang rodak pada Jumaat ini.

“Adalah satu keistimewaan untuk meraikan kejayaan dan perjalanan kami bersama pada perlumbaan yang penting ini (GP Singapura),” kata Hamilton.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya