Mentaliti juara JDT hampir aibkan Shanghai Port

Mentaliti juara JDT hampir aibkan Shanghai Port

Kapten JDT, Natxo Insa berebut bola dengan pemain Shanghai Port, Oscar Junior pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia Elite 2024 di Stadium Bola Sepak Pudong, Shanghai, China.-IHSAN JST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio memuji anak buahnya apabila berjaya membawa pulang satu mata berharga pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Juara Liga Super 10 kali itu, nyaris mengaibkan Shanghai Port yang terpaksa bangkit dua kali daripada ketinggalan sebelum mengikat keputusan perlawanan 2-2 di Stadium Bola Sepak Pudong, Shanghai, malam tadi.

Bagaimanapun, Bidoglio mengakui anak-anak buahnya terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menembusi gawang lawan dengan kedua-dua jaringan JDT dilakukan pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi.

“Aksi yang sukar tetapi bagi saya JDT bermain dengan baik. Mereka juga memberi tekanan dengan bagus. Kami cuba menguasai bola di tengah padang tetapi lawan apabila mereka mendapat bola mereka bermain dengan baik.

“Dalam fikiran kami sentiasa datang dan mahu kemenangan namun satu mata ini bagus untuk pemain, saya gembira dengan persembahan pasukan saya,” katanya.

Selepas ini, JDT akan melayan kunjungan satu lagi kelab China, Shanghai Shenhua pada 1 Oktober di Stadium Sultan Ibrahim dan Bidoglio berkata pasukannya perlu buktikan bahawa kini adalah pasukan besar.

“JDT adalah pasukan yang besar. Setiap tahun dan setiap perlawanan kami akan memperbaiki,” katanya.

Sementara itu, pujian juga harus diberikan kepada penjaga gol JDT, Andoni Dorronsoro apabila menampilkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya tuan rumah terutama daripada Oscar Junior.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya