Mentaliti juara azimat Soon Huat-Shevon - Utusan Malaysia

Mentaliti juara azimat Soon Huat-Shevon

Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie berharap mampu melangkah lebih jauh di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Membawa mentaliti juara menjadi kunci kejayaan kepada beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk menempah tiket ke Terbuka China 2024 selepas menewaskan wakil tuan rumah, Cheng Xing-Zhang Chi pada aksi separuh akhir di Changzhou, semalam.

Kemenangan tersebut menyaksikan pasangan suami isteri itu melakar sejarah dalam karier mereka selepas menjejakkan kaki ke pentas akhir buat kali pertama pada kejohanan berstatus Super 1,000 itu.

Soon Huat berkata beliau bersama Shevon mengakui ‘mindset’ di dalam gelanggang menjadi perkara penting sekali gus memberi kelebihan konsistensi mereka dalam mendapat mata berharga.

“Saya fikir fokus kami terhadap ‘mindset’ itu sangat penting. Sekali kami hilang fokus sudah tentu permainan tidak menjadi seimbang. Kami meletakkan dalam fikiran kami untuk fokus dalam mendapat mata. Itu kunci kejayaan kami.

“Saya merasakan kami mendapat mata berharga dengan sangat mudah dalam keadaan yang sangat stabil semasa perlawanan hari ini (semalam),” katanya kepada BWF sejurus tamat perlawanan.

Ketika ditanya keadaan angin di dalam gelanggang berbanding aksi suku akhir kelmarin, Shevon memberitahu keadaan angin sangat baik berbanding sebelum ini.

Jelasnya, beliau bersama Soon Huat cuba menyesuaikan diri dengan keadaan berbeza terbabit secepat mungkin dan enggan perkara itu memberi kesan kepada permainan mereka.

“Selepas perlawanan kelmarin, saya merasakan 90 peratus mereka akan ubah keadaan angin kerana sesetengah pemain tidak selesa bermain dalam keadaan berangin.

“Hari ini (semalam) kami merasa dalam gelanggang, keadaan angin sangat berkurang berbanding semalam (kelmarin) dan bulu tangkis sangat stabil,” kata Shevon.

Pada aksi akhir hari ini, pasangan suami isteri itu akan berdepan satu lagi cabaran getir berdepan wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping selepas gandingan No. 3 dunia itu menewaskan beregu Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja, 21-16, 21-15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya