Marhan pertahan Speedy Tigers

Marhan pertahan Speedy Tigers

MARHAN Jalil ketika beraksi Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2024, baru-baru ini. - IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten pasukan hoki kebangsaan, Marhan Jalil menjawab persoalan dalam kalangan peminat sukan hoki tanah air berkenaan komitmen barisan pemain Speedy Tigers ketika Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2024, baru-baru ini.

Marhan menegaskan pemain kebangsaan komited dalam memberi persembahan yang sangat baik terutamanya kepada barisan muda dan baharu pada kejohanan terbabit.

“Tidak ada seorang pun daripada rakan sepasukan saya memandang mudah kepada kejohanan ini. Kami cuma perlu lebih konsisten dalam perlawanan sahaja.

“Anda tidak boleh nak mengharapkan pemain baharu bermain bersama hebat seperti saya dalam kejohanan ini. Sesetengah pemain memerlukan masa untuk berada di tahap tertinggi,” jelas Marhan.

Malaysia yang menghuni No. 13 dunia dan pasukan kedua tertinggi di ACT 2024 selepas India, menamatkan saingan terbabit di tempat terakhir selepas menang satu daripada enam perlawanan.

Ketika ditanya mengenai prestasi Speedy Tigers, Marhan tidak menjangkakan mereka akan mendapat keputusan yang sebegitu teruk.

Menurutnya, beliau bersama rakan sepasukan termasuk ketua jurulatih kebangsaan, Sarjit Singh perlu melakukan lebih banyak ‘kerja rumah’ selepas ini.

“Boleh dikira banyak faktor yang kami perlu tekankan, terutamanya di bahagian pertahanan kerana gol mudah kami lepaskan.

“Selain daripada itu, kami juga perlu memperbaiki pukulan penalti sudut kami yang mana kurang disempurnakan ketika kejohanan itu (ACT 2024),” katanya.

Speedy Tigers kini sedang menumpukan latihan fizikal untuk tiga bulan akan datang ini dan Sarjit akan mempersiapkan pasukan bagi kejohanan jemputan di New Zealand, Februari depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN