'ManTee' gagal teruskan kemaraan

‘ManTee’ gagal teruskan kemaraan

MAN Wei Chong (depan) dan Tee Kai Wun tewas kepada pasangan Indonesia, Sabar Gutama-Moh Reza Isfahani 21-18, 21-15 pada perlawanan suku akhir Terbuka Hong Kong 2024, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terpaksa menamatkan saingan di suku akhir Terbuka Hong Kong 2024, sebentar tadi.

Gandingan No. 17 dunia itu tewas kepada beregu Indonesia, Sabar Gutama-Moh Reza Isfahani menerusi kekalahan straight set 21-18, 21-15 dalam masa 34 minit.

Naib juara Terbuka Indonesia 2024 itu sedang bergelut dengan prestasi selepas tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan terdahulu di Terbuka Korea Selatan baru-baru ini.

Mereka tewas kepada gandingan tuan rumah, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 21-15, 21-19, Ogos lalu.

Untuk rekod, kali terakhir beregu No. 3 negara bertemu dengan pasangan Indonesia itu adalah menerusi separuh akhir Terbuka Indonesia ketika Wei Chong-Kai Wun melakar kemenangan 29-27, 21-13 untuk mara ke pentas akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya