MAM anjur Festival of Speed di SIC

MAM anjur Festival of Speed di SIC

MOKHZANI (lapan dari kanan) bersama peserta dan penggiat sukan pemotoran selepas sidang media Festival of Speed di SIC Petronas, Sepang, hari ini. - Ihsan MAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) mengambil inisiatif menganjurkan Festival of Speed Malaysia yang menggabungkan sukan bermotor dua roda dan empat roda pada 18-20 Oktober ini di Litar Antarabangsa Sepang Petronas.

Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, festival itu julung kali dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas.

“MAM berharap dengan insiatif penganjuran festival itu, kita dapat menarik lebih ramai peminat sukan pemotoran bukan sahaja dalam negara tetapi juga luar negara.

“Namun, apa yang lebih penting ialah untuk memastikan semua sukan bermotor dianjurkan dengan cara yang selamat dan kita berharap dapat memupuk satu budaya yang lebih baik kepada peserta,” katanya kepada pemberita pada sidang media di SIC dekat sini, hari ini.

Menurut beliau, jika penganjuran festival tersebut berjaya dilaksanakan dan mampu menarik ramai penyertaan, maka, pihaknya berhasrat untuk menjadikan Festival of Speed sebagai acara tahunan.

Jelasnya, sebanyak tujuh disiplin akan dipertandingkan iaitu karting sprint, karting slalom, rali, gymkhana (kereta), gymkhana (motosikal), e-sports, pocket bike dan push bike – demo.

“Untuk acara rali penyertaan turut membabitkan pelumba luar negara dan setakat ini, tiga peserta dari India dan dua pelumba dari Indonesia telahpun mengesahkan penyertaan mereka,” ujarnya.

Bagaimanapun, Mokhzani memberitahu, tidak semua disiplin dibuka penyertaan kepada peserta luar negara kerana bagi acara pocket bike dan moto gymkhana hanya dipertandingkan untuk pelumba tempatan.

Tambahnya, pihaknya menyediakan platform tersebut untuk membuka peluang kepada bakat-bakat muda mempamerkan kebolehan mereka bersaing dengan pelumba berpengalaman.

“Festival ini bukan sekadar pertandingan, tetapi, juga memupuk minat orang ramai dalam sukan pemotoran dan menarik kehadiran penonton menyaksikan perlumbaan di litar,” katanya yang mensasarkan 10,000 penonton hadir ke festival tersebut.

Beliau menegaskan, apa yang lebih penting ialah MAM mahu membuka mata rakyat Malaysia tentang penganjuran sukan pemotoran yang mengikut garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya